← Back to list
Moratorium pinjaman PTPTN dilanjut sehingga Disember
Aug 04, 2020
Moratorium pinjaman PTPTN dilanjut sehingga Disember
Foto - Malay Mail
Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam bagi tempoh tiga bulan lagi sehingga 31 Dis 2020.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, penangguhan itu melibatkan anggaran jumlah bayaran balik sebanyak RM375 juta dan dengan ini jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion.
Tambahnya, PTPTN juga membantu mengurangkan bebanan atau komitmen bayaran balik pinjaman dengan sentiasa terbuka untuk membuat rundingan bagi menstruktur semula bayaran balik pinjaman sehingga umur 60 tahun dan menangguh balik bayaran pinjaman sehingga maksima 24 bulan.
-----
Kes COVID-19 harian terendah kali kedua
Foto - The Star
COVID-19 kembali mencatat angka terendah apabila hanya satu kes baru dilaporkan hari ini selepas kali terakhir mencatat angka berkenaan pada 1 Julai lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan perkembangan itu jumlah kumulatif kes positif di Malaysia adalah 9,002 kes manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 193 kes.
Katanya, kes baru yang dilaporkan hari ini adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.
-----
Tiada arahan saringan COVID-19 jika pulang dari Kubang Pasu
Foto - New Straits Times
Kementerian Kesihatan tidak pernah keluarkan arahan rasmi kepada ibu bapa dan pelajar yang bercuti di Kubang Pasu, Kedah untuk jalani saringan COVID-19 di klinik kesihatan berdekatan seperti viral di media sosial.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, individu yang perlu menjalani saringan COVID-19 adalah mereka yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19.
Ini termasuklah penduduk yang berada dalam kawasan PKPD secara pentadbiran di empat mukim yang dinyatakan Menteri Kanan (Keselematan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, semalam.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather