← Back to list
Jumlah kes harian COVID-19 kembali melonjak ke dua angka
Aug 05, 2020
Jumlah kes harian COVID-19 kembali melonjak ke dua angka
Foto - The Star
Jumlah kes harian Covid-19 kembali melonjak kepada dua angka apabila 21 kes dilaporkan hari ini berbanding satu kes, semalam.
Daripada jumlah itu, enam merupakan penularan tempatan dengan tiga daripadanya berkait kluster PUI Sivagangga di Kedah.
Jumlah kes aktif pula menurun kepada 196 apabila 18 kes sembuh dan discaj selain tiada kematian terbaru direkodkan dengan jumlah korban kekal 125.
-----
Kedah jamin bekalan makanan 4 mukim TEMCO mencukupi
Foto - Malaysia Kini
Kedah beri jaminan, penduduk terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran menerima bekalan makanan secukupnya.
Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri melalui JKM negeri dalam proses mengenal pasti jumlah keluarga di empat mukim yang terbabit dengan TEMCO terutama dalam kelompok B40.
Katanya, bagi memastikan stok makanan tidak terputus, pihaknya juga meminta syarikat makanan meningkatkan bekalan ke kawasan terbabit sehingga 30 Ogos ini.
-----
PIBGN setuju jika pelitup muka diwajibkan di sekolah
Foto - Malaysia Kini
Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional berpendapat, adalah baik jika pemakaian pelitup muka diwajibkan di sekolah-sekolah.
Presidennya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan maklumkan, ia mungkin merimaskan pelajar namun perlu dipraktikkan demi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Apa yang penting katanya, pelitup muka yang digunakan nanti mestilah mempunyai fungsi yang betul-betul dapat menapis virus.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather