← Back to list
MMA Minta PKPP Dilanjutkan
Aug 23, 2020
MMA Minta PKPP Dilanjutkan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) gesa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bakal tamat 31 Ogos ini dilanjutkan.
Jelas MMA, ia perlu dikuat kuasakan untuk tempoh lebih lama kerana belum ada petanda jelas negara akan bebas daripada pandemik itu dalam masa terdekat.
Ia juga susulan kemunculan kluster-kluster baru dan kes-kes ketidakpatuhan SOP.
Malah katanya kepada The Star, perlu ada penguat kuasaan lebih ketat sebab semakin ramai tidak ambil serius SOP yang ditetapkan.
Harga Siling Pelitup Muka Ikut Jenis
Kerajaan sedang kaji untuk menetapkan harga siling berbeza bagi pelitup muka mengikut jenis.
Ia bagi membolehkan rakyat menikmati harga lebih murah bagi pelitup muka jenis biasa berbanding pelitup muka perubatan yang kini dikawal harganya.
Orang ramai juga mungkin dapat beli pelitup muka 3 lapisan dengan harga lebih murah.
Perkara itu kini dalam peringkat akhir perbincangan dan harga siling baru mungkin bermula bulan depan.
WHO Keluar Garis Panduan Baru
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan garis panduan baru pemakaian pelitup muka bagi bendung penularan COVID-19.
Badan dunia itu mencadangkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas perlu pakai pelitup muka dalam konteks yang sama dengan orang dewasa.
Manakala bagi kanak-kanak bawah usia 5 tahun disaran tidak memakainya atas faktor keselamatan dan kebaikan mereka secara keseluruhan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather