← Back to list
Kluster Bunga Muncul
Sep 01, 2020
Kluster Bunga Muncul
Satu lagi kluster baru COVID-19 dikesan iaitu Kluster Bunga.
Ia melibatkan 4 pekerja sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kapal itu mempunyai sejarah perjalanan dari Pelabuhan Singapura.
Namun ia tidak membawa risiko penularan jangkitan dalam komuniti kerana merupakan kluster import yang terpencil.
KKM Sedia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersiap sedia menghadapi kemungkinan pertambahan kes COVID-19 dari luar negara.
Ia menjelangnya musim sejuk yang melanda negara-negara berkaitan beberapa bulan lagi.
KKM juga memantau kes COVID-19 di India, Korea Selatan, Jepun, Sepanyol dan Perancis yang meningkat seiring penurunan suhu di negara tersebut.
Virus berkenaan juga didapati telah bermutasi dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
Pemandu Kereta Putih Serah Diri
Suspek kes langgar lari di lorong kecemasan Lebuh Raya KL-Karak sudah serah diri kepada polis.
Dua mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal pula dilapor menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.
Video kejadiannya kini tular dan memaparkan kereta suspek dan motosikal mangsa bertembung ketika memotong di lorong kecemasan semasa kesesakan trafik.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather