← Back to list
Pulau Pinang & Johor Kini Zon Hijau
Sep 03, 2020
Pulau Pinang & Johor Kini Zon Hijau
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Pulau Pinang dan Johor kini bebas daripada jangkitan COVID-19.
Ia bermakna 2 negeri itu tidak lagi merekodkan sebarang kes mahupun kluster, menyertai Terengganu, Kelantan, Perak dan Negeri Sembulan sebagai zon hijau.
Namun KKM menggesa orang ramai terus waspada dan mengamalkan SOP dalam usaha menjadikan Malaysia bebas daripada pandemik COVID-19.
Semalam 6 kes baru direkodkan menjadikan kes aktif di seluruh negara naik kepada 153.
Sementara itu hampir 13,000 penduduk Amanjaya, Kedah yang kini dalam PKPD telah menjalani saringan COVID-19.
Daripada jumlah itu hanya seorang dikesan positif, 182 sedang menunggu keputusan dan selebihnya negatif, manakala ada kira-kira 9,000 belum menjalani saringan.
Makin Ramai Beralih Arah
Rakyat Malaysia nampaknya semakin selesa menggunakan kaedah pembayaran digital sejak COVID-19.
Menurut satu kajian, penggunaan tunai oleh rakyat negara ini telah berkurang sebanyak 64 peratus sejak bermulanya pandemik tersebut.
Malah Malaysia mendahului dari segi penggunaan dompet mudah alih atau e-dompet di Asia Tenggara, mengatasi Filipina, Thailand bahkan Singapura.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather