← Back to list
Agong Dukacita
Sep 08, 2020
Agong Dukacita Isu Pencemaran Air
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita terhadap kes pencemaran di Sungai Gong, Rawang.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan ia perbuatan tidak bertanggungjawab yang mendatangkan mudarat kepada jutaan penduduk Lembah Klang yang terjejas bekalan air.
Justeru baginda menitahkan pihak yang menyebabkan pencemaran dikenakan tindakan tegas dan hukuman lebih berat.
Dalam perkembangan berkaitan, bekalan air telah pulih di lebih 80 peratus daripada hampir 1,300 kawasan di 7 wilayah yang terjejas.
Gangguan bekalan air yang bermula Khamis lalu itu dijangka pulih sepenuhnya pagi esok.
Ada Menyamar Pegawai KKM Ambil Buku Catatan Saringan COVID-19
Pemilik premis perlu lebih waspada menjaga maklumat pengunjung dan pelanggan premis khasnya yang mendaftar menggunakan buku catatan.
Ini ekoran ada pihak dikesan menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ambil buku catatan saringan COVID-19 di beberapa premis perniagaan di Melaka.
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sudah buat laporan polis kerana bimbang data peribadi pelanggan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
Anggota Polis Tegas Dapat Surat Penghargaan
Bukit Aman beri surat penghargaan kepada 2 anggota polis yang tegas dalam laksanakan tugas apabila tahan seorang pegawai kanan polis di sebuah pusat hiburan kelmarin.
Suspek dilapor menghina dan cuba mengugut anggota polis berkenaan yang bertugas memeriksa premis terbabit di Petaling Jaya.
Dalam pada itu, 580 individu ditahan di seluruh negara kerana berhibur di kelab malam dan pub, sekali gus langgar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather