← Back to list
Basikal Ada Lesen dan Nombor Plat? Kerajaan Tiada Hasrat
Sep 17, 2020
Basikal Ada Lesen dan Nombor Plat? Kerajaan Tiada Hasrat
Kementerian Pengangkutan tiada rancangan melaksanakan pendaftaran dan pelesenan serta meletakkan nombor plat untuk setiap basikal di negara ini.
Jelas pihaknya, pemakluman mengenai rancangan itu oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) baru-baru ini tidak pernah dibincangkan di peringkat kementerian.
Menurut laporan MIROS berpendapat setiap basikal di negara ini perlu didaftar, dilesen dan mempunyai nombor plat sama seperti kenderaan bermotor.
Ia katanya bertujuan menjaga keselamatan penunggang basikal daripada terdedah kepada nahas jalan raya dan aktiviti berbasikal yang kini menjadi trend.
Sudah Lebih 10,000
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini sudah melebihi 10,000.
Ia susulan pertambahan 62 lagi kes baru majoritinya di Sabah, namun ketika ini kes aktif adalah 668.
Sementara itu Pejabat Kesihatan Tawau, Sabah sedang kenal pasti semua kontak rapat dengan mangsa satu kemalangan maut Sabtu lalu.
Ini selepas mangsa yang juga seorang wanita warga emas disahkan positif COVID-19.
*foto sekadar hiasan
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather