← Back to list
Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah esok
Sep 28, 2020
Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah esok
Foto - Jabatan Penerangan
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor mendakwa beliau sudah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu daripada pihak Istana Negeri.
Hajiji berkata, pencalonannya sebagai Ketua Menteri disokong semua wakil rakyat PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bekerjasama di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
GRS menewaskan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri, Sabtu lalu dengan memperoleh 38 kerusi DUN daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.
-----
Rawatan intervensi YDPA berlangsung dengan jayanya
Foto - Harian Metro
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah yang mengalami keracunan makanan dan intervensi dinasihat jalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).
Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, rawatan intervensi Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya dan Seri Paduka kini dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan
Menurut kenyataan itu lagi, Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat.
-----
KKM lanjut enam bulan lagi kontrak lebih 2 ribu pegawai
Foto - Yahoo News
Kontrak seramai 2,070 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) disambung selama enam bulan lagi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, penyambungan kontrak itu yang bernilai RM81 juta akan ditampung menerusi Kumpulan Wang COVID-19 (Tabung COVID-19)
Tambahnya, penyambungan kontrak itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan bagi membolehkan pegawai meneruskan penyampaian perkhidmatan di fasiliti kesihatan di bawah KKM.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather