Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Konvokesyen Janji Temu Untuk Graduan UiTM

Sep 30, 2020


Konvokesyen Janji Temu Untuk Graduan UiTM

UiTM perkenal konvokesyen secara janji temu susulan situasi semasa COVID-19 yang mana graduan boleh pilih tarikh dan lokasi kampus untuk terima ijazah atau diploma.

Graduan bagaimanapun tetap berpeluang pakai jubah, rakam foto kenangan dan terima skrol seperti istiadat konvokesyen konvensional tetapi perlu patuh SOP ditetapkan.

Sementara itu UMK tangguh kemasukan mahasiswa baru dan lama secara bersemuka dari negeri Sabah dan kawasan zon merah COVID-19.

Manakala USM saran penuntutnya yang datang dari Sabah dan zon merah di negeri lain tangguh perjalanan balik ke kampus susulan penempatan kuarantin sangat terhad.

Kluster Jalan Bomba & Bakawali Pula Muncul

4 kluster baru COVID-19 dikesan dengan 2 daripadanya di Sabah iaitu Kluster Jalan Bomba dan Jalan Utara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, 2 lagi ialah Kluster Benteng PK di Selangor dan Kluster Bakawali di Johor.

Semalam, 101 kes baru wabak berkenaan dilaporkan majoritinya di Sabah dan diikuti Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, penularan COVID-19 di Malaysia masih lagi terkawal.

Kadar kebolehjangkitan (RO) atau disebut ‘R-Naught’ ketika ini ialah 1.39, kurang daripada kadar kritikal iaitu 1.6 dan kadar di Sabah kini 1.42.

Tan Sri Dr Noor Hisham juga menjelaskan bukan semua individu yang pulang dari Sabah perlu jalani kuarantin.

Jelas beliau, individu yang tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif COVID-19 tidak diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Bagaimanapun, mereka yang berkenaan dinasihatkan menjalani kawalan kendiri termasuk berada di rumah sehingga tamat tempoh 2 minggu.


'Mall' Tak Tutup

Tiada cadangan tutup pusat beli-belah di Lembah Klang.

Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan demikian ekoran terdapat beberapa kes positif COVID-19 dikesan melibatkan sejumlah pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Ujar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kementerian akan menjalankan penilaian risiko di lokasi berkenaan dan menasihatkan mereka menyahkuman kawasan yang terbabit.

Namun jika ia merupakan tempat yang sesak seperti restoran, KKM akan mengarahkan penutupan sementara.
 


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }