← Back to list
Hampir semua negeri catat pertambahan kes baru COVID-19
Sep 30, 2020
Hampir semua negeri catat pertambahan kes baru COVID-19
Foto - Neuroscience News
Sebanyak 89 kes baru positif COVID-19 dilaporkan hari ini, 86 daripadanya babitkan penularan tempatan termasuk satu kluster baru yang dikesan di Kedah.
Hampir semua negeri merekodkan pertambahan kes baru dengan Sabah kekal mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi 35 kes, diikuti Kedah 13 kes dan Selangor 10 kes.
Kementerian Kesihatan maklumkan, dua kematian terbaru turut dicatatkan masing-masing di Sabah dan Kedah, sekaligus menyaksikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 136.
-----
Selangor catat kadar kebolehjangkitan tinggi
Foto - Malaysia Dateline
Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.95 lebih tinggi daripada Sabah, berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baru COVID-19 daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar di negeri itu.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan adalah penting untuk semua rakyat Malaysia terus mematuhi SOP serta langkah-langkah yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.
-----
COVID-19: Semua urusan di JPN Sabah dilaksana secara janji temu
Foto - Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sabah memutuskan untuk melaksanakan operasinya secara janji temu dalam usaha mengelak penularan wabak COVID-19.
Pengarah JPN Sabah, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, semua urusan secara janji temu ini dilaksanakan pada setiap hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Urusan janji temu itu bagaimanapun tidak terpakai di daerah-daerah yang terlibat dengan PKPDB Secara Pentadbiran iaitu di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather