← Back to list
122 sekolah di Sabah ditutup mulai hari ini.
Oct 06, 2020
122 sekolah di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah ditutup mulai hari ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia berkata ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di 3 kawasan berkenaan berkuatkuasa esok.
Sekolah-sekolah di luar kawasan PKPB itu, bagaimanapun, akan beroperasi seperti biasa.
Susulan PKPB juga, sebarang kemasukan ke ke Sabah tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang berasal dari negeri itu dan pemegang pas Jabatan Imigresen bermula tengah malam ini.
Mana-mana pihak selain daripada kategori itu diwajibkan mendapatkan kebenaran khas daripada Kerajaan Negeri Sabah.
Ketua Polis Negara jalani kuarantin kendiri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kini jalani kuarantin kendiri walaupun disahkan negatif Covid-19.
Ini selepas beliau menghadiri satu mesyuarat yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang disahkan positif wabak itu.
Turut jalani kuarantin termasuklah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam pada itu, UiTM arahkan semua individu yang merupakan kontak rapat dengan Datuk Seri Dr Zulkifli dalam satu majlis baru-baru ini, segera jalani ujian saringan COVID-19.
Fasa kedua Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 dijadualkan semula.
Fasa kedua Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 secara bersemuka yang akan bermula esok hingga 24 Oktober ini dijadualkan semula kepada 20 Januari hingga 6 Februari tahun depan.
Manakala pembancian dalam talian yang telah berakhir pada 30 September lepas akan disambung semula mulai esok hingga 21 Disember ini.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penjadualan semula itu dibuat susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather