Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Boleh Pilih Kekal di Asrama Atau Balik

Oct 08, 2020


Boleh Pilih Kekal di Asrama Atau Balik

Semua 384 sekolah di Klang, Selangor dan Sandakan, Papar serta Tuaran di Sabah ditutup sementara bermula hari ini sehingga 23 Oktober.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi murid yang tinggal di asrama, ibu bapa atau penjaga pelajar berkenaan dinasihat agar menjemput anak mereka.

Namun pelajar boleh juga memilih untuk terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah dan akan berada di bawah penjagaan warden.

Keperluan makan dan minum murid sepanjang menunggu untuk diambil atau yang memilih untuk kekal di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah.

KPM turut memaklumkan, penjaga dan ibu bapa boleh melayari portalnya untuk mengetahui senarai 142 sekolah di Klang yang ditutup sementara berikutan terletak di zon merah COVID-19.

Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.


Buat SOP Baru

Kerajaan minta Jabatan Penjara Malaysia membentangkan SOP baru bagi bendung penularan kes COVID-19 dalam kalangan tahanan.

Ia berikutan penjara dan pusat tahanan menyumbang sebahagian besar kes positif wabak tersebut kebelakangan ini.

Semalam, 489 kes baru COVID-19 direkodkan di Malaysia dengan angka tertinggi dicatatkan di Sabah dan Kedah.

Di Kedah, kes paling tinggi dicatatkan oleh Kluster Tembok melibatkan tahanan di Penjara Alor Setar dan Pokok Sena.


Pemuda Saran Tak Letak Calon

Pemuda UMNO akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan parti itu agar tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi.

Ia susulan situasi semasa penularan COVID-19 di Sabah yang dikhuatiri boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada rakyat negeri itu.

Macau Scam: 8 Pegawai Polis Antara Yang Ditahan

SPRM dilapor tahan 8 pegawai kanan dan 2 anggota polis di Bukit Aman dan IPK Selangor.

Menurut BH, ia berkaitan kes pengubahan wang haram hasil penipuan sindiket Macau Scam dan judi haram dalam talian.

 Kredit: Free Malaysia Today (sekadar hiasan)


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }