← Back to list
PKPB hanya di Mukim Klang sahaja
Oct 08, 2020
PKPB hanya di Mukim Klang sahaja
Foto - Bernama
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang, Selangor yang akan berkuatkuasa tengah malam ini hanya akan dilaksanakan di Mukim Klang sahaja.
Justeru, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mukim Kapar yang juga termasuk dalam Daerah Klang tidak termasuk dalam kawasan PKPB itu.
Kerajaan juga bersetuju membenarkan aktiviti ekonomi di Klang beroperasi dengan SOP ketat bagi memastikan kegiatan ekonomi dan bekalan barangan serta makanan tidak terjejas.
-----
Hanya seorang menteri positif COVID-19
Foto - Bernama
Dakwaan mengenai 13 Menteri Kabinet positif Covid-19 adalah berita palsu dan setakat ini hanya seorang menteri yang didapati positif COVID-19 seperti yang sudah diketahui umum.
Jelas Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, menteri lain kini berada di rumah masing-masing kerana menjalani kuarantin wajib berikutan kontak rapat dengan menteri yang positif.
Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan sentiasa menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita daripada sumber yang rasmi atau boleh dipercayai.
-----
Anwar Ibrahim diperkenan menghadap YDPA
Foto - New Straits Times
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, beliau mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, 13 Oktober ini.
Presiden PKR itu berkata, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.
Dengan itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu meminta semua pihak untuk terus bertenang susulan perkembangan semasa mengenai politik tanah air.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather