← Back to list
Gelombang Ke-3 Bermula
Oct 09, 2020
Gelombang Ke-3 Bermula
Malaysia kini memasuki gelombang ke-3 COVID-19.
Justeru ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kerjasama semua amat diperlukan sebagai mana kita berjaya melandaikan lengkuk graf kes seperti sebelum ini.
Semalam 375 kes baru dicatatkan dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan mencatatkan kes baru, kecuali Perlis.
5 kematian turut dicatatkan dan semuanya di Sabah, menjadikan angka yang maut akibat COVID-19 naik kepada 146.
Terdapat juga pertambahan 5 kluster baru iaitu Kluster Tujuh Serangkai dan Kluster Tanamera di Sabah, Kluster Jalan Pantai di Kuala Lumpur, Kluster Bah Arnab di Sarawak serta Kluster Bah Bangat di Labuan.
BN Tak Letak Calon
Barisan Nasional tidak akan letak calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Ujar presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, keputusan itu bagi elak penularan pandemik COVID-19 seperti yang berlaku susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar BN tidak letak calon untuk PRK berkenaan.
Bermula Esok
Bermula esok, individu yang masuk ke Sarawak perlu jalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ia berikutan peningkatan kes positif COVID-19 dari luar Sarawak yang melibatkan rakyat negeri itu.
*foto sekadar hiasan
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather