← Back to list
PKPB: Bank Sedia Bantu
Oct 13, 2020
Bank Sedia Bantu
Institusi perbankan sedia bantu peminjam dan pelanggan yang berada di beberapa kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Peminjam dan pelanggan di kawasan tersebut yang hadapi kesukaran membuat pembayaran pinjaman atau pembiayaan diminta segera hubungi bank untuk bantuan.
Khabar melegakan itu dimaklumkan oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM).
Pihaknya juga memberitahu, bank-bank yang terletak di kawasan PKPB akan beroperasi dengan mematuhi SOP COVID-19 yang ditetapkan.
PKPB akan bermula di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tengah malam ini sehingga 27 Oktober.
Manakala di Sabah, ia sudah bermula tengah malam tadi dan tamat pada 26 Oktober.
Rentas Daerah Tak Boleh Semasa PKPB
Pergerakan merentas daerah tidak dibenarkan semasa PKPB di Selangor, KL, Putrajaya dan Sabah.
Namun menurut Majlis Keselamatan Negara, pekerja yang perlu merentas daerah, mesti menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
Dalam tempoh PKPB, semua institusi pendidikan dan kemahiran, tadika, taska, taman-taman awam, pusat rekreasi, masjid dan rumah ibadat bukan Islam ditutup.
Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, serta majlis perkahwinan dan pertunangan juga tidak dibenarkan.
Hanya 2 orang sahaja daripada satu rumah dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan.
PKPB akan bermula di Selangor, KL dan Putrajaya tengah malam ini 27 Oktober, manakala di Sabah, ia sudah bermula tengah malam tadi dan tamat 26 Oktober.
📸kredit: freemalaysiatoday.com (sekadar hiasan)
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather