← Back to list
Yang di-Pertuan Agong minta rakyat bertenang
Oct 24, 2020
Yang di-Pertuan Agong minta rakyat bertenang
Foto - New Straits Times
Istana Negara sahkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Abdul Aziz, Kuantan, petang semalam.
Yang di-Pertuan Agong berkenan berunding dengan Raja-Raja Melayu bagi memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Baginda menasihati seluruh rakyat Malaysia supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini sementara menunggu keputusan cadangan tersebut.
-----
TMJ cadang wujudkan Youth Centre di setiap daerah
Foto - The Star
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bercadang mewujudkan Youth Centre atau pusat belia di setiap daerah di Johor.
Ia sebagai visi baginda membangunkan belia Johor menjadi modal i nsan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkebolehan.
Youth Centre itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pusat latihan untuk bengkel kemahiran, kursus dan seminar, selain aktiviti sukan dan luar, kesenian serta kebudayaan.
-----
Ujian saringan COVID-19 ke atas pemandu bas dan lori di Kelantan
Foto - RedBus
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan jalankan ujian saringan COVID-19 terhadap pemandu bas dan lori yang mempunyai sejarah perjalanan ke zon merah.
Tindakan itu katanya merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 di negeri berkenaan.
Pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat pengangkutan bas dan lori di Kelantan dan langkah itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather