← Back to list
PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan
Oct 26, 2020
PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan
Foto - Utusan Borneo
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadualkan berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 9 November 2020.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada masa sama berkata, PKPB juga akan dilaksanakan di Nilai, Negeri Sembilan mulai 28 Oktober sehingga 10 November 2020.
Selain itu, tempoh PKPD di Taman Khazanah Indah, PPR Mutiara Kasih dan Felda Umas di Lahad Datu turut dilanjutkan selama 14 hari lagi manakala PKPD akan dikuatkuasakan di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sandakan 28 Oktober sehingga 10 November.
-----
KKM berhati-hati pilih nama kluster COVID-19
Foto - Malaysia Dateline
Kementerian Kesihatan berkata, pemilihan nama kluster COVID-19 adalah berdasarkan latar belakang kes indeks kluster tersebut.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pihaknya sangat berhati-hati dalam pemilihan nama kluster bagi mengelakkan sebarang keresahan, kebimbangan dan stigma kepada pesakit, penduduk setempat mahupun organisasi yang terlibat.
Hari ini, tiga kluster baru dikesan dikenali sebagai kluster Kapur di Kudat, Sabah, kluster Hampar di Rembau, Negeri Sembilan dan kluster Penjara Tapah di Batang Padang, Perak.
-----
Jemaah Menteri kunci mulut
Foto - Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat khas lebih dua jam bersama Jemaah Menteri di Putrajaya, hari ini.
Ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong semalam yang menyatakan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.
Kesemua jemaah menteri bagaimanapun mengambil pendekatan mengunci mulut dan enggan mendedahkan hasil mesyuarat berkenaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather