← Back to list
UMNO Cadangkan PRU Diadakan Selepas COVID-19 Reda.
Oct 30, 2020
UMNO cadangkan agar PRU diadakan selepas keadaan COVID-19 selesai atau berada pada
peringkat minimum.
Parti itu juga mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai pentingnya Gencatan Politik ketika ini
demi kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.
Kenyataan itu dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas selesai
mesyuarat Majlis Tertinggi Umno tengah malam tadi.
Pakatan Harapan mahu bincang segera isi kandungan Belanjawan 2021.
Pakatan Harapan minta PM bincang dan runding segera dengan pembangkang berkenaan isi
kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan.
Pendirian itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PH mengadakan mesyuarat semalam.
Sabah akan tambah segera bekalan keperluan penduduk Taman Semarak, Tawau.
Kerajaan Sabah akan tambah segera bekalan keperluan penduduk Taman Semarak, Tawau yang
kini dikenakan PKPD.
Ini selepas video papar sekumpulan penduduk di kawasan itu berkumpul, mendakwa kehabisan
bekalan makanan dan belum terima bantuan jadi viral.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather