← Back to list
Harapan PM
Nov 01, 2020
Harapan ‘Abah’
Perdana Menteri berharap semua Ahli Parlimen mengetepikan perbezaan politik untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memaklumkan, kerajaan akan umum inisiatif-inisiatif tertentu dalam pembentangan belanjawan berkenaan.
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong dalam titah baginda menasihatkan ahli-ahli politik bersatu untuk meluluskan belanjawan negara.
Belanjawan 2021 akan dibentangkan di Parlimen Jumaat nanti.
Tengku Zafrul Akan Jumpa Pemimpin PH
Menteri Kewangan dilapor akan bertemu dengan pemimpin PH hari ini berkenaan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat nanti.
Ia merupakan siri perbincangan yang diadakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak.
Antara pemimpin parti politik yang telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul ialah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pertemuan dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilapor menyusul dalam masa terdekat.
SOP Baru Untuk Pilihan Raya
SPR akan keluarkan SOP baru pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengekang penularan COVID-19.
Ia ambil kira 3 syor Kementerian Kesihatan Malayia (KKM) iaitu iaitu tidak boleh rentas negeri atau daerah, tiada perhimpunan ramai bagi tujuan kempen dan tiada lawatan dari rumah ke rumah.
Peraturan sedia ada juga diperketatkan dan bakal dijelaskan nanti misalnya kempen melalui media sosial.
*foto: AWANI
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather