← Back to list
12 Maut Akibat COVID-19
Nov 04, 2020
12 Maut Akibat COVID-19
Malaysia melaporkan 12 kematian akibat COVID-19 semalam, jumlah tertinggi dalam sehari sejak wabak itu bermula.
Sebelum ini negara catat kes kematian 2 angka akibat pandemik tersebut pada 23 Oktober lalu iaitu 10 orang.
Semalam juga 1,054 kes jangkitan dilaporkan menjadikan kes aktif di seluruh negara kini kembali melebihi angka 10,000.
Belum Lagi…
Rakyat Malaysia belum dibenarkan tunai umrah buat masa ini.
Kerajaan buat keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan Kementerian Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Agama.
Arab Saudi baru-baru ini umum jemaah luar negara kini boleh tunai ibadat tersebut di bawah syarat dan SOP ketat bagi cegah penularan COVID-19.
Layak Mengundi Automatik Tahun Depan
Pendaftaran dan kelayakan mengundi secara automatik pada usia 18 tahun dijangka dilaksanakan selewat-lewatya Julai tahun depan.
Ketika ini SPR giat menyelesaikan proses dan SOP dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather