← Back to list
MKN Perlu Nilai Semula Keperluan Perketatkan SOP Sedia Ada.
Nov 05, 2020
Perdana Menteri minta Majlis Keselamatan Negara nilai semula keperluan memperketatkan lagi aktiviti sosial dan SOP pergerakan rentas daerah dan negeri.
Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia susulan penularan COVID-19 yang masih membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan terus berlarutan.
SPR dan Jabatan Peguam Negara pula diminta kaji aspek perundangan yang membolehkan PRK Parlimen Batu Sapi bulan depan ditangguh sehingga COVID-19 berakhir.
Menurut PM, PRK itu dilihat sukar dilaksanakan berikutan pandemik berkenaan masih memuncak di Sabah.
Belanjawan 2021 bukan bajet pilihan raya!
Perdana Menteri berkata Belanjawan 2021 beri keutamaan kepada melindungi rakyat ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi dan penularan COVID-19.
Justeru menurut Tan Sri Muhyiddin, belanjawan berkenaan yang akan dibentangkan esok bukanlah bajet pilihan raya seperti didakwa sesetengah pihak.
Beliau turut memaklumkan telah berbincang dengan Menteri Kewangan berkenaan permintaan pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang daripada akaun 1.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather