← Back to list
Kes COVID-19 di Sabah berkurangan
Nov 11, 2020
Kes COVID-19 di Sabah berkurangan
Foto - Neuroscience News
Sabah merekodkan penurunan kes baru positif COVID-19 apabila hanya 259 kes dicatatkan daripada keseluruhan 822 yang dilaporkan, hari ini.
Negeri Sembilan pula catat peningkatan dengan 225 kes diikuti Selangor (178), Labuan (46), Pulau Pinang (26), Kuala Lumpur (21) dan Kedah (17).
Perlis dan Kelantan pula kembali merekodkan kes baru positif COVID-19 masing-masing dengan dua dan satu kes manakala tiada pertambahan kes di Pahang dan Terengganu.
-----
Jangan sebar visual nahas helikopter
Foto - Ismaweb
Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang rakaman video atau gambar berkaitan nahas membabitkan dua helikopter di Taman Melawati, Ampang yang meragut dua nyawa, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tindakan menyebarkan rakaman video atau gambar berkaitan insiden itu di media sosial boleh mengundang spekulasi dan mengganggu siasatan.
Katanya seramai 21 saksi sudah diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan berkaitan laporan mati mengejut yang dijalankan polis, setakat ini.
-----
Tragedi tanah runtuh, resort diarah tutup sementara
Foto - Astro Awani
Kerajaan negeri mengarahkan penutupan sementara operasi The Banjaran Hotspring Retreat, Tambun susulan insiden tanah runtuh yang mengakibatkan dua maut, awal pagi semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pengunjung yang menginap di resort berkenaan turut dipindahkan atas faktor keselamatan.
Susulan insiden itu, kerajaan negeri juga sudah mengarahkan kerja pemantauan ke atas semua cerun batu kapur berisiko dipertingkatkan serta merta.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather