← Back to list
Lembah Klang Atasi Sabah
Nov 16, 2020
Lembah Klang Atasi Sabah
3 lagi kluster baru COVID-19 dikesan iaitu 2 di Sabah dan 1 di Johor.
Manakala kanak-kanak perempuan 8 tahun di Sabah antara 3 pesakit yang meninggal dunia semalam.
Semalam juga Malaysia catat 1,208 kes baru dengan Lembah Klang catat kes tertinggi iaitu 661.
Ia sekali gus mengatasi kes harian di Sabah semalam iaitu 381.
SPR Teliti Cadangan
SPR sedang teliti cadangan bagi menambah kategori individu yang layak mengundi secara pos
Ia bagi menyelesaikan isu pergerakan pengundi dari luar daerah dan negeri ketika pandemik COVID-19 ini.
Buat masa ini antara yang layak ialah petugas pilihan raya dan media, polis dan tentera serta rakyat Malaysia di luar negara.
Untuk makluman, PRK Batu Sapi di Sabah akan berlangsung pada 5 Disember nanti.
Ahli Parlimen Bintulu Mohon Maaf
Ahli Parlimen Bintulu mohon maaf ekoran mengeluarkan kenyataan kontroversi terhadap Ketua Pengarah Kesihatan.
Datuk Seri Tiong King Sing juga nafi berniat pertikai petugas barisan hadapan negara khasnya para doktor dan jururawat dalam menangani COVID-19.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather