← Back to list
Kes Naik Ada Kaitan Tempat Kerja
Nov 18, 2020
Ada Kaitan Tempat Kerja
Peningkatan mendadak kes COVID-19 di Lembah Klang kini disebabkan peningkatan kes berkaitan tempat kerja.
Daripada 162 kluster aktif, 72 kluster adalah berkaitan tempat kerja termasuk 4 kluster baru yang diumumkan semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ini kerana Selangor, KL dan Putrajaya merupakan pusat tumpuan warga pekerja serta berpenduduk padat.
Semalam, 1,210 kes baru jangkitan COVID-19 dikesan.
Lembah Klang catat kes tertinggi iaitu 516, diikuti Sabah 499, Negeri Sembilan 67 dan Perak 47.
Young Syefura Didenda
ADUN Ketari, Young Syefura Othman sahkan beliau diarah bayar kompaun RM1,000 gara-gara langgar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor.
Ia ekoran tindakannnya sambut ulang tahun kelahiran bersama rakan di sebuah pantai di Selangor, baru-baru ini yang fotonya dimuat naik di Instagram.
Young Syefura juga tampil membuat permohonan maaf semasa menghadiri sidang DUN Pahang semalam.
Twitter Perkenal Ciri Baru
Twitter bakal lancar ciri baru yang membolehkan ciapan pengguna bertahan hanya 24 jam.
Sebelum ini, untuk tempoh percubaan ia telah diperkenalkan di beberapa negara antaranya Itali, Brazil dan Korea Selatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather