← Back to list
Kluster Teratai sumbang rekod baru kes harian COVID-19
Nov 24, 2020
Kluster Teratai sumbang rekod baru kes harian COVID-19
Foto - Kosmo!
Jumlah kes harian COVID-19 dalam negara terus mencatatkan rekod tertinggi hari ini dengan 2,188 kes baru dengan sebahagian besar daripadanya berpunca daripada Kluster Teratai di Selangor.
Jangkitan di tempat kerja itu merekodkan 1,511 kes daripada 1,623 yang dicatatkan di seluruh negeri Selangor manakala Sabah (232), Perak (112) dan KL dengan 90 kes.
Namun pada masa sama Kementerian Kesihatan maklumkan, sebanyak 1,673 kes sembuh namun 4 lagi kematian dilaporkan, menjadikan 341 korban keseluruhan.
-----
Kerajaan cadang kembalikan PLKN
Foto - Berita Harian
Kementerian Pertahanan bercadang melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan terdahulu.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PLKN sebelum ini memberi kesan yang baik kepada pembentukan patriotisme remaja.
Malah katanya di Dewan Rakyat hari ini, ia juga selari dengan perintah menteri yang akan meletakkan Akta PLKN di bawah Kementerian Pertahanan.
-----
Enam penyerang anggota PGA ditahan
Foto - The Star
Enam daripada 13 individu yang disyaki mendalangi serangan bersenjata api terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am hingga menyebabkan seorang terkorban awal pagi tadi, sudah ditahan pihak berkuasa.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, dua daripada suspek terbabit ditahan oleh pasukan keselamatan Malaysia manakala empat lagi ditahan pihak berkuasa Thailand.
Katanya, usaha memburu baki tujuh lagi anggota kumpulan penyerang itu sedang dijalankan pihak berkuasa kedua-dua negara.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather