← Back to list
Proses Pengundian Belanjawan 2021 Berlangsung Di Dewan Rakyat Hari Ini.
Nov 26, 2020
Dewan Rakyat akan kembali menjadi tumpuan hari ini kerana Belanjawan 2021 akan melalui proses pengundian!
Belanjawan kali ini telah dibahas oleh 82 Ahli Parlimen selama hampir 3 minggu, yang menyaksikan pelbagai cadangan dan pindaan diutarakan.
Tidak seperti kebiasaan, kali ini juga menyaksikan ada penyokong kerajaan memberikan sokongan bersyarat.
Walau bagaimanapun, Pensyarah Kanan UM, Dr Mohd Tawfik Yaakob percaya pada akhirnya semua ahli parlimen akan mengutamakan kebajikan rakyat yang kini terjejas akibat pandemik Covid-19 dalam pengundian itu nanti.
Tambah beliau, jika ia tidak diluluskan, langkah terbaik adalah dengan mengelakkan PRU melalui penangguhan Dewan Rakyat.
Hubungi Talian Khas Kaunseling COVID-19 untuk dapatkan bantuan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat nasihatkan orang ramai agar hubungi Talian Khas Kaunseling COVID-19 15999 jika terdapat ahli keluarga atau rakan alami kemurungan.
Jelasnya, ahli keluarga dan rakan-rakan mainkan peranan penting dalam mencegah cubaan bunuh diri yang dilaporkan semakin meningkat sejak penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan PKP.
Sejak diwujudkan pada Mac lalu, talian khas itu katanya terima kira-kira 3,000 panggilan yang dihubungkan terus kepada Lembaga Kaunselor Malaysia
Jangkitan COVID-19 babitkan Kluster Teratai masih terkawal dan tidak menular dalam komuniti.
Menurut Kementerian Kesihatan, setakat ini jangkitan hanya melibatkan kontak rapat dalam kalangan pekerja warga tempatan yang menjangkiti ahli keluarga masing-masing.
Kementerian juga sudah berhubung dengan majikan dalam sektor pembinaan dan yang menggajikan ramai pekerja asing untuk jalankan ujian saringan secara berkala terutamanya di zon merah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather