← Back to list
Pengumuman Dijangka Jumaat
Dec 01, 2020
Dijangkakan Jumaat
Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, KL dan Putrajaya dilanjutkan atau tidak dijangka diketahui sebelum hujung minggu ini.
Ujar Menteri Kanan Keselamatan, keputusan akan dibuat berdasarkan nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia susulan permintaan orang ramai agar pengumuman mengenainya dibuat lebih awal.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia bagi memudahkan warga Selangor, KL dan Putrajaya membuat perancangan.
Sampai 10 Malam Sahaja
Operasi kedai makan dan restoran di Kota Bharu kini dihadkan sampai 10.00 malam.
Majlis Perbandaran Kota Bharu memaklumkan, arahan itu susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.
Kota Bharu dan seluruh Kelantan kini berada di bawah PKPB sehingga 6 Disember iaitu Ahad ini.
Namun semalam Kelantan hanya mencatatkan 1 kes baru COVID-19.
Dalang Utama Kes Macau Scam Ditahan di Bawah POCA
2 dalang utama satu sindiket perjudian dalam talian bersama 2 anggota polis kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA)
Bukit Aman beritahu Harian Metro, mereka ditahan selama 2 tahun dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Mereka diberkas awal Oktober lalu ekoran pembongkaran aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather