← Back to list
2 Kategori Permohonan i-Sinar
Dec 03, 2020
2 Kategori Permohonan i-Sinar
Kemudahan pengeluaran i-Sinar KWSP kini dibuka kepada semua ahlinya yang terjejas pendapatan akibat COVID-19.
Permohonan dalam talian mula dibuka pada 21 Disember ini melibatkan kategori 1.
Ia adalah untuk ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut atau ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.
Tiada dokumen sokongan diperlukan untuk kategori ini dan kelulusan adalah secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.
Bagi kategori 2 pula ahli boleh membuat permohonan mulai 11 Januari nanti.
Ia meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.
Ahli perlu mengemukakan dokumen sokongan sama ada slip gaji, penyata bank atau surat dan notis pengesahan oleh majikan.
Maklumat lanjut boleh disemak melalui KWSP.
Tak Hilang Sebenarnya
Kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju sejak kelmarin sebenarnya berada bersama bapa kandungnya.
Polis Kuala Lumpur memaklumkan, terdapat salah faham antara bapa kandung dengan bapa angkat kanak-kanak itu sehingga mengakibatkan terjadinya isu berkenaan.
Difahamkan kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun itu sudah diserahkan kembali kepada bapa angkat yang memeliharanya.
Mineral Bernilai RM60 bilion di Kedah!
Mineral dianggarkan bernilai RM60 bilion yang digunakan dalam pembuatan komponen peranti dan gajet akan diteroka di Kedah oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Kerajaan negeri memaklumkan, permit meneroka sudah diluluskan minggu lepas dan mineral tersebut berada dalam kategori tidak beradioaktif.
Kawasan mineral itu banyak tertumpu di daerah Sik dan cara mengekstraknya tidak akan melibatkan aktiviti perlombongan.
Amaran Hujan Lebat
Hujan lebat berterusan di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang dijangka bermula hari ini sehingga hujung minggu ini.
Daerah terlibat ialah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.
Sementara itu, kerajaan Terengganu sedang menyiasat punca banjir bersama lumpur tebal yang berlaku di Kemaman baru-baru ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather