← Back to list
Kluster Bakti sumbang peningkatan kes COVID-19
Dec 07, 2020
Kluster Bakti sumbang peningkatan kes COVID-19
Foto - Kashoorga
Sejumlah 1,600 kes baru positif COVID-19 dicatatkan hari ini dengan 541 daripadanya di Negeri Sembilan ekoran pertambahan kes dalam Kluster Bakti iaitu sebanyak 500 kes.
Namun Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes tersebut adalah terasing kerana berada ia di dalam kawasan penjara.
Dua lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah korban keseluruhan mencecah 384 manakala 1,033 kes sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.
-----
PKPD Penjara Seremban, Kuarters dilanjut, PKPD Kampung Baru Sabah berakhir
Foto - Suara Merdeka
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 21 Disember ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan selepas Kementerian Kesihatan membuat penilaian risiko di kedua-dua kawasan berkenaan.
PKDP di Kampung Sabah Baru dekat Lahad Datu, Sabah pula ditamatkan hari ini mengikut jadual selepas semua sampel saringan sudah diperoleh dan tiada sampel yang masih menunggu keputusan.
-----
COVID-19 paksa Angsana ditutup
Foto - Bernama
Pusat beli belah Angsana Johor Bahru di Skudai diarah ditutup tujuh hari bermula malam ini sehingga 14 Disember depan ekoran penularan wabak COVID-19 di premis berkenaan.
Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, arahan penutupan pusat beli belah itu diputuskan selepas menilai risiko penularan wabak dan situasi semasa.
Tambahnya, semua pekerja dan kakitangan bertugas di pusat beli belah itu diarah menjalani saringan COVID-19 secara sukarela bagi mengekang penularan wabak berkenaan dalam kalangan masyarakat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather