← Back to list
Bahana COVID-19: 700,000 Kini Menganggur
Dec 14, 2020
Bahana COVID-19: 700,000 Kini Menganggur
700,000 orang atau 5.6 peratus penduduk Malaysia kini menganggur, berbanding hanya 3 peratus tahun lalu.
Justeru ujar Perdana Menteri, kerajaan kini berusaha mewujudkan setengah juta peluang pekerjaan menerusi Majlis Pekerjaan Negara (MPN) walaupun berhadapan keadaan ekonomi yang sukar.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memaklumkan, langkah kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bertujuan merancakkan kembali aktiviti ekonomi.
Sehubungan itu juga beliau sudah mengarahkan bekalan vaksin COVID-19 segera ditambah sehingga 70 peratus daripada keseluruhan populasi negara.
Tan Sri Muhyiddin berkata, penambahan vaksin berkenaan adalah atas nasihat dan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau turut mengarahkan bekalan vaksin tersebut yang dijangka tiba Mac nanti dihantar lebih awal.
*foto: AWANI (sekadar hiasan)
Tempoh Kuarantin Dipendekkan
Bermula hari ini tempoh kuarantin individu yang tiba dari luar negara dan kontak rapat pesakit COVID-19 dikurangkan daripada 14 kepada 10 hari.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian di pusat kuarantin yang diwartakan atau di kediaman.
Ia berikutan semakan terkini yang mendapati bahawa risiko jangkitan pasca-kuarantin berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin.
Antara negara yang telah memendekkkan tempoh kuarantin ialah United Kingdom, Jerman dan Belgium.
Sementara itu, kes baru COVID-19 kekal 4 angka iaitu 1,229 kes dan Selangor masih mencatatkan angka tertinggi iaitu 435 kes.
4 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah korban virus tersebut meningkat kepada 415.
6 kluster baru turut dikesan antaranya Kluster Lestari di Lembah Klang dan Kluster Kuala di Pahang.
MUIS Keluar Panduan
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah mengeluarkan panduan agama mengenai penggunaan vaksin COVID-19 bagi masyarakat Islam di republik itu.
MUIS berpendirian bahawa penggunaan vaksin tersebut dibenarkan dan menasihatkan masyarakat Islam negara itu mendapatkanya sebaik ia disahkan selamat dan berkesan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather