← Back to list
Jumlah mangsa banjir semakin meningkat!
Dec 20, 2020
Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat.
Lebih 170 lagi mangsa banjir di negeri itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada lebih 6,300.
Peningkatan jumlah mangsa dikatakan berpunca daripada air pasang besar pada tengah malam tadi.
Kemaman kekal sebagai daerah paling teruk terjejas apabila mencatatkan 5,108 mangsa.
Sementara itu di Kelantan, lebih seribu mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat jam 8 pagi tadi membabitkan 4 daerah iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Gua Musang.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather