Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Risiko Jangkitan Tetap Ada

Dec 23, 2020


Risiko Jangkitan Tetap Ada

Orang ramai masih perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mencegah COVID-19 walaupun sudah menerima suntikan vaksin nanti.

Pakar virologi, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar memaklumkan BERNAMA, ini kerana risiko untuk mendapat jangkitan tetap ada meskipun telah disuntik dengan vaksin.

Jelas beliau lagi, seseorang yang telah menerima vaksin masih boleh menjadi pembawa kepada virus COVID-19.

Menteri Akan Keluar Kenyataan Mengenai Isu Kartel Daging

Menteri Hal Ehwal Agama akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu kartel daging sedikit masa lagi.

Menurut Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pihaknya sedang mendapatkan maklumat berkaitan dengan lebih tepat.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) nafi kononnya kegiatan kartel daging halal palsu telah wujud di negara ini sejak 40 tahun lalu.

Pihaknya juga akan mendedahkan dalang utama kegiatan itu dalam masa terdekat.

Rayuan Haji Secara Dalam Talian

Rayuan ibadat haji bagi tahun depan kini dibuka sehingga 13 Februari.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi THiJARI.

Ia juga bermakna bakal haji tidak perlu lagi membuat rayuan secara tradisi iaitu menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Tabung Haji.

Banjir Makin Pulih

Banjir di Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa turun kepada 185.

Hanya 6 pusat pemindahan sementara masih dibuka membabitkan daerah Kemaman dan Dungun.

Di Kelantan pula, jumlah mangsa kekal kira-kira 830 orang melibatkan Kuala Krai, Pasir Mas dan Tanah Merah.

Sementara itu di Pasir Mas, 4 termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan penduduk kampung selepas kenderaan yang naiki dihanyutkan banjir.

Kejadian berlaku semasa mereka dalam perjalanan menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir.

Dalam perkembangan berkaitan, Polis Pasir Mas tidak menggalakkan orang awam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tanpa melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana, PKOB.

Walaupun ia usaha murni tapi tindakan itu dibimbangi akan mendedahkan mereka kepada bahaya.


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }