← Back to list
Mahakamah belum tetapkan tarikh perbicaraan Datuk Seri Najib Razak.
Jul 06, 2018
Mahkamah Tinggi masih belum menetapkan sebarang tarikh perbicaraan bagi kes Datuk Seri Najib Razak!
Jabatan Peguam Negara berkata sebelum ini mahkamah hanya beri bayangan tarikh perbicaraan itu berdasarkan kekosongan kalendar hakim.
Jelasnya tarikh perbicaraan hanya akan ditetapkan selepas sebutan kes pada 8 Ogos depan.
Dalam pada itu Jabatan Peguam Negara turut maklumkan 'perintah tutup mulut' atau Gag Order hanya bersifat sementara.
SPRM nafi dakwaan kononnya membekukan akaun cucu Datuk Seri Najib ekoran siasatan terhadap 1MDB.
Ini selepas anak bekas Perdana Menteri itu, Nooryana Najwa mendakwa akaun peribadinya beserta anaknya yang berusia 10 bulan telah dibekukan SPRM.
Dalam perkembangan berkaitan, anak tiri Datuk Seri Najib, Riza Aziz dijangka beri keterangan buat kali ke-4 di ibu pejabat SPRM hari ini!
Untuk 3 hari sebelum ini, Riza telah luangkan masa kira-kira 23 jam untuk beri keterangan kepada suruhanjaya itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather