← Back to list
Bomba tiada SOP operasi mencari dan menyelamat kawasan parit monsoon!
Oct 17, 2018
Bomba tiada SOP mencari dan menyelamat di kawasan parit monsoon!
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiada sebarang SOP membabitkan operasi mencari dan menyelamat membabitkan kawasan parit monsun ketika ini!
Foto - Astro Awani
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akui ia merupakan kelemahan jabatan tersebut sehingga mengakibatkan 6 anggotanya terkorban di Puchong, Selangor awal bulan ini.
Zuraida Kamaruddin berkata sedikit masa perlu diberikan kepada anggota penyelamat sekiranya insiden sama berlaku dalam masa terdekat, bagi membolehkan mereka mengetahui apa bentuk kawasan menyelamat.
---
Denda 100 kali ganda kepada kontraktor gagal perbaiki jalan!
Foto - Astro Awani
Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata kontraktor yang gagal baiki jalan awam dengan sempurna akan berdepan denda 100 kali ganda iaitu sebanyak 100 ribu ringgit!
Jelasnya, denda seribu ringgit yang dikuatkuasakan ketika ini dilihat tidak berkesan sebagai langkah pencegahan.
---
Datuk Seri Najib berkemungkinan berdepan lebih banyak tuduhan.
Foto - Astro Awani
Datuk Seri Najib Razak dijangka bakal berdepan lebih banyak pertuduhan berhubung skandal 1MDB!
Sumber SPRM mengesahkan perkara itu kepada BH, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Bekas Perdana Menteri itu telah beberapa kali dipanggil untuk beri keterangan berhubung skandal tersebut sebelum ini, termasuk semalam selama 6 jam.
---
Projek jambatan bengkok berkemungkinan disambung semula!
Foto - Astro Awani
Kerajaan negeri Johor bercadang meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura!
MB Johor berkata cadangan tersebut dipersetujui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jambatan tersebut yang diilhamkan pada 2003 oleh Tun M dibatalkan pembinaannya pada 2006 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather