← Back to list
Majlis Belia Malaysia harap kerajaan serius tangani maslaah kos sara hidup.
Oct 26, 2018
Kos sara hidup golongan muda perlu ditangani kerajaan.
Foto - Astro Awani
Majlis Belia Malaysia berharap kerajaan serius menangani masalah kos sara hidup membabitkan golongan muda menjelang pembentangan Bajet 2019 minggu depan.
Presiden MBM Jufitri Joha berkata, yang kedua pihaknya mahu kerajaan menyemak semula kadar ujrah pinjaman PTPTN yang dianggap membebankan.
Pembentangan Bajet 2019 akan diadakan pada 2 November ini.
---
2 darjah kebesaran bekas Perdana Menteri dan isteri ditarik balik Istana N. Sembilan!
Foto - Astro Awani
Istana Negeri Sembilan tarik balik dua darjah kebesaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, berkuat kuasa serta-merta.
Ia melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan yang dianugerah kepada Najib pada tahun 2005 dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji kepada Rosmah pada tahun 2006.
Mesyuarat Khas hari ini memutuskan demikian, bagi menjaga kebesaran dan kehormatan institusi Diraja di Negeri Sembilan.
---
Pakar jantung akan ditambah
Foto - Astro Awani
Kementerian Kesihatan akan tambah bilangan pakar dalam penjagaan kesihatan jantung untuk pastikan perkhidmatan terbaik.
Menurutnya, pertambahan ini juga perlu dibuat ekoran jumlah pesakit jantung yang semakin meningkat.
KKM memerlukan sehingga 150 pakar, berbanding hanya terdapat 40 pakar kardiologi di hospital kerajaan seluruh negara setakat ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather