← Back to list
PM umum rancangan reformasi dalam RMK-11!
Oct 19, 2018
Pelbagai rancangan reformasi dalam RMK-11
Foto - Astro Awani
PM mengumumkan pelbagai rancangan reformasi kerajaan dalam RMK-11.
Selain tempoh khidmat PM dan MB dihadkan selama 2 penggal sahaja, PM juga tidak boleh pegang portfolio lan dalam pentadbiran kerajaan.
Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya juga diasingkan dan diuruskan individu berlainan.
Kerajaan negeri juga diberi lebih kuasa berbanding sebelum ini.
Sementara itu, Tun Mahathir Mohamed nafi desas-desus mengatakan akan berlaku rombakan kabinet dalam masa terdekat.
---
Datuk Seri Ahmad Zahid dijangka hadapi lebih 40 pertuduhan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kompleks Mahkamah KL kira kira 815 pagi tadi.
Kira-kira 300 penyokong berkumpul di perkarangan mahkamah untuk memberi sokongan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bakal didakwa hari ini.
Menurut laporan NST, Ahmad Zahid dijangka hadapi lebih 40 pertuduhan babit kes penyelewengan dana sebuah yayasan.
Beliau bermalam di lokap SPRM malam tadi selepas enggan diikat jamin sementara menunggu perbicaraan.
---
Bayi maut, 3 adik-beradik parah dikelar ibu sendiri
Seorang bayi maut, manakala 3 adik-beradiknya yang lain cedera parah akibat dikelar dalam kejadian di Kota Belud, Sabah.
Suspek adalah ibu mereka sendiri dan ketika ditemui, suspek juga cedera parah pada leher dipercayai cuba membunuh diri.
Difahamkan, wanita berkenaan mengalami kemurungan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather