← Back to list
Biarpun telah korbankan sekurang-kurangnya 8 nyawa, projek jalan berkembar diteruskan!
Oct 22, 2018
Projek jalan raya berkembar di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang diteruskan!
Foto - Astro Awani
Projek pembinaan jalan raya berkembar di Jalan Paya Terubong Pulau Pinang tetap akan diteruskan meskipun meragut sekurang-kurangnya 8 nyawa setakat ini.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkata, keputusan itu berikutan pembinaan jajaran tersebut bukan projek baru, sebaliknya telah lama ditetapkan.
MBPP bagaimanapun kesal kerana kontraktor dan perunding projek yang tidak mengalihkan aliran air sungai di kawasan itu, malah bertindak menutupnya.
Penutupan aliran satu anak sungai di kawasan cerun dipercayai punca utama kejadian tanah runtuh berkenaan.
Sementara itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tubuhkan jawatankuasa siasatan khas untuk menyiasat punca sebenar kejadian.
---
Kerajaan Johor dijangka bina rumah mampu milik kategori baru
Foto - Astro Awani
Johor akan perkenal kategori baru rumah mampu milik berharga 250 ribu ringgit bagi golongan pertengahan, yang dijangka dibina menjelang penghujung tahun ini.
Mereka yang dikenalpasti itu dianggar memiliki pendapatan antara 8 hingga 12 ribu ringgit.
Kediaman itu dijangka melibatkan 7 peratus daripada keseluruhan 100 ribu unit baru yang akan dibina oleh kerajaan negeri menjelang tahun 2023.
---
Kerajaan boleh tebus 10 bilion jika projek Laluan Rel Pantai Timur dibatalkan!
Foto - Astro Awani
Kerajaan boleh tebus balik bayaran pendahuluan 10 bilion ringgit yang dibayar kepada kontraktor China jika projek infrastruktur Laluan Rel Pantai Timur dibatalkan.
Kementerian Kewangan berkata setakat 15 Februari lalu, Malaysia Rail Link selaku pemilik projek telah membayar hampir 20 bilion ringgit kepada kontraktor utama projek itu.
Jumlah tersebut merangkumi bayaran pendahuluan 10 bilion dan pembayaran kemajuan 9.67 bilion ringgit.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather