← Back to list
JPJ Diminta Kaji Had Penumpang Kenderaan Persendirian
Jun 13, 2017
Kementerian Pengangkutan memaklumkan, had bilangan penumpang untuk kenderaan persendirian belum dikuatkuasakan.
Justeru, kementerian minta JPJ kaji perkara itu bagi memastikan bilangan mangsa kemalangan maut dapat dikawal.
Ia susulan tragedi kemalangan maut di Jempol, Negeri Sembilan kelmarin yang meragut 8 nyawa dan mengakibatkan seorang remaja dan seorang kanak-kanak yatim piatu.
Kementerian juga memaklumkan, kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri akan dilancarkan Khamis ini dalam usaha memberi kesedaran kepada pemandu.
Sistem AWAS juga akan dikuatkuasakan sepenuhnya sepanjang kempen keselamatan berkenaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather