← Back to list
Banjir : Operasi 50 Pencawang TNB di Pahang, Johor Dihentikan
Jan 27, 2017
Operasi 44 pencawang TNB di Pahang dan 6 di Johor dihentikan akibat banjir.
Menurut TNB, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian litar pintas, dan bekalan elektrik akan segera disambung semula sebaik ia selamat dilakukan.
Penduduk di 2 negeri berkenaan boleh hubungi talian 'TNB CareLine' bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Pahang kini merekodkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu lebih 7,100 orang, melibatkan 9 daerah.
Manakala di Johor, jumlah mangsa banjir turun sedikit kepada kira-kira 6,500.
Selangor, Perak , Kelantan dan Sabah tidak menunjukkan banyak perubahan dalam jumlah mangsa banjir.
*foto sekadar hiasan
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather