← Back to list
Polis Tahan 2 Lelaki Rancang Sertai Militan IS
Nov 04, 2016
Polis tahan 2 lelaki kerana dipercayai merancang menyertai militan IS di Syria, baru-baru ini.
Ujar Ketua Polis Negara, mereka ditahan sebaik tiba di KLIA selepas diusir pihak berkuasa Turki semasa dalam perjalanan untuk menyusup masuk ke Syria.
Kedua-dua pemuda berkenaan disyaki direkrut rakyat Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi yang juga anggota militan IS di Syria.
Muhammad Wanndy juga pernah merancang membunuh pemimpin negara dan pegawai tertinggi PDRM.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather