← Back to list
Kementerian Pendidikan Belum Mengeluarkan Sebarang Arahan Berkaitan Virus Zika
Sep 01, 2016
Kementerian Pendidikan belum mengeluarkan sebarang arahan berikutan penularan virus Zika khasnya di Singapura.
Kementerian memaklumkan The Star, pihaknya hanya akan mengeluarkan arahan jika terdapat arahan daripada Kementerian Kesihatan.
Ia ekoran laporan sebuah sekolah di Subang Jaya, Selangor mengarahkan muridnya jalani pemeriksaan selepas kembali dari lawatan di Singapura.
Malaysia kini merekodkan kes jangkitan virus Zika yang pertama, membabitkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor.
Wanita berkenaan dikesan mendapat virus itu selepas pulang melawat anaknya di Singapura yang juga dijangkiti virus sama.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather