← Back to list
Lagi Kes Ular Dijumpai di Kawasan Sekolah
Apr 27, 2016
Perhimpunan SK Chiku 3 di Gua Musang, Kelantan pagi tadi tergendala, apabila seorang murid terjumpa seekor ular senduk di belakang kantin.
Reptilia berkenaan berjaya dibunuh pengawal keselamatan sekolah, sekaligus mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Di SK Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pula, pengawal keselamatan berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang 4 meter.
Reptilia tersebut dijumpai menjalar di kaki lima bangunan sekolah berkenaan, menjelang permulaan waktu persekolahan pagi tadi.
Akhir-akhir ini, beberapa insiden melibatkan ular berlaku di beberapa sekolah, disebabkan reptilia itu mencari perlindungan daripada cuaca panas dan kering.
Ini termasuk kejadian seorang murid maut akibat dipatuk ular di sekolahnya di Kota Bharu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather