← Back to list
Polis tembak mati individu dikehendaki
Jan 06, 2018
Suspek yang dipercayai terbabit kes samun kedai emas di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sejak 31 Disember lalu mati ditembak di Cheras, KL malam tadi.
Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang Bukit Aman turut menemui sepucuk pistol yang digunakan suspek di dalam kenderaannya.
Hasil siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis atas beberapa kesalahan termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun.
Foto - Berita Harian Online
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather