← Back to list
Orang awam perlu peka dengan taktik sindiket scam yang kembali viral ketika ini.
Oct 21, 2018
Orang awam dinasihatkan agar peka dengan taktik sindiket scam yang kembali viral ketika ini.
Polis berkata, taktiknya ialah pemilik akaun diminta untuk kemaskini maklumat bank yang dihantar melalui pesanan ringkas atau emel.
Sebaik mangsa menekan pautan laman web kemaskini akaun dan masukkan kata laluan serta maklumat pengenalan, data itu akan diambil suspek untuk melakukan transaksi dalam talian.
Undang -undang penggunaan vape, shisha akan digubal.
Kementerian Kesihatan akan gubal undang-undang baru untuk kawal selia penggunaan tembakau, vape dan shisha di negara ini.
Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, ia berikutan tiada undang-undang bagi mengawal produk vape yang tiada kandungan nikoti ketika ini.
Mungkin ada runtuhan susulan di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong.
Jabatan Mineral dan Geosains tidak tolak kemungkinan berlaku runtuhan susulan di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong.
Foto: Utusan
Katanya, ia ekoran terdapat aliran anak sungai di kawasan terbabit yang mengakibatkan operasi mencari dan menyelamat agak sukar dilakukan.
Setakat ini, tragedi itu telah mengorbankan empat nyawa, tiga cedera dan operasi menyelamat lima lagi mangsa yang hilang kini diteruskan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather