← Back to list
Putrajaya tidak membangun seperti dirancang!
Oct 16, 2018
Putrajaya tidak membangun seperti dirancang!
Perdana Menteri menyatakan rasa kecewa itu kerana menyifatkan pusat pentadbiran kerajaan pusat tersebut tidak membangun seperti yang dirancangkan beliau sebagai pencetusnya.
Ujar Tun Dr Mahathir Mohamed, Putrajaya kini terlalu banyak bangunan tinggi dan penduduknya lebih suka memandu berbanding berjalan sedangkan jalannya luas.
Tun M sebenarnya mengimpikan Putrajaya jadi seperti sebuah boulevard popular di Paris yang banyak kedai dan orang ramai bebas berjalan dan bersantai nikmati kopi.
Tragedi buang bayi di lokasi yang tidak terjangkau dek akal menyentuh hati ramai orang.
Jumlah pasangan yang mohon mengambil anak angkat daripada Yayasan Orphan Care juga meningkat dan kini lebih 3,300 pasangan buat permohonan.
Foto: Malaymail
Kata yayasan itu kepada Berita Harian, sehingga kini hampir 210 bayi yang diselamatkan mereka telah diberikan kepada keluarga angkat yang layak.
Antara kes terbaru, seorang bayi baru lahir dijumpai di tandas wanita di 'R and R' Lanchang, Pahang.
Pemansuhan hukuman mati mandatori meliputi semua kesalahan termasuk kes bunuh.
Pemansuhan hukuman mati mandatori akan meliputi semua kesalahan walaupun terdapat bantahan daripada keluarga mangsa pembunuhan.
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, mereka yang disabitkan kesalahan tetap akan dihukum, bukannya dibebaskan begitu sahaja.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather