← Back to list
5 jenama kereta catat penurunan harga selepas pelaksanaan semula SST.
Sep 12, 2018
5 jenama kereta catat penurunan harga selepas pelaksanaan semula SST.
Kata Menteri Kewangan, ia turut melibatkan jenama kereta luar negara dan penurunannya mencecah sehingga sebanyak RM3,000 seunit.
Foto: Utusan
Jelas Lim Guan Eng, ini kerana cukai yang dikenakan tidak sebanyak semasa GST dikuatkuasakan.
Hari ini kita akan tahu kawasan mana bakal ditandingi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pengumuman akan dibuat lewat pagi ini.
Ahli Parlimen yang akan mengosongkan kerusi bagi beri laluan kepada Presiden PKR itu juga akan hadir pada sidang akhbar pengumuman berkenaan.
Tokoh Maal Hijrah 2018
Ahli akademik Islam, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil diumumkan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini.
Gadis OKU yang juga pengusaha kuih bulan, Haziqah Nurulhuda Harun pula dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah kategori OKU peringkat negeri Terengganu.
Manakala di Perak, kartunis terkenal, Datuk Lat dipilih sebagai penerima anugerah khas Tokoh Ar-Ridzuan pada sambutan Maal Hijrah 1440 negeri itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather