← Back to list
Kementerian Kewangan rancang untuk menjual kapal layar mewah, Equanimity.
Aug 07, 2018
Kementerian Kewangan rancang untuk pamerkan Kapal Equanimity yang dijangka tiba di Malaysia hari ini kepada umum!
Bagaimanapun Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata hanya sebahagian kapal sahaja yang akan dipamerkan kepada orang awam.
Pihaknya juga rancang untuk jual kapal layar mewah tersebut kerana mampu peroleh kira-kira RM 1 bilion
Sementara itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad minta pihak yang mendakwa kapal layar mewah itu milik mereka agar kemukakan bukti kukuh.
Tun M turut ucapkan terima kasih kepada kerajaan Indonesia dan Presidennya, Joko Widodo kerana membantu memulangkan kapal tersebut kepada Malaysia.
Kira-kira setengah juta rakyat negara ini menghidapi penyakit Hepatitis C.
Kementerian Kesihatan anggarkan kira-kira setengah juta rakyat negara ini menghidapi penyakit Hepatitis C.
Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad tidak tolak kemungkinan bahawa jumlah penghidap penyakit itu adalah lebih ramai daripada yang direkodkan ekoran kurangnya kesedaran dalam kalangan rakyat.
Kematian CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan adalah kes bunuh.
Polis sahkan kes kematian CEO Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun lepas, kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Terdahulu, syarikat tersebut sahkan laporan bedah siasat bahawa kematian Nazrin berpunca daripada komplikasi kecederaan akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatannya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather