← Back to list
Dewan Rakyat meluluskan pemansuhan GST.
Aug 09, 2018
Dewan Rakyat meluluskan pemansuhan GST
Perkara ini dibuat selepas bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang itu di Parlimen.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pengenalan semula SST pada September depan akan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Sementara itu, kerajaan Pakatan Harapan akan berusaha buat bayaran balik tunggakan tuntutan GST mulai tahun depan.
Guan Eng dedahkan kerajaan terdahulu masih belum memulangkan tuntutan GST bernilai lebih 19 bilion ringgit.
PKR bakal gunakan sistem e-undi dalam proses pemilihan parti itu nanti.
Jelas jawatankuasa pemilihan parti, sistem tersebut adalah transformasi kepada kertas undi digital untuk jimatkan masa, kos serta tenaga manusia.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi diumumkan sebagai presiden baru PKR dan akan mengangkat sumpah November ini.
Remaja bunuh diri dipercayai akibat ditegur oleh ibunya kerana pulang lewat.
Di Ipoh Perak, seorang remaja dipercayai nekad menggantungkan dirinya akibat ditegur oleh ibunya kerana sering pulang lewat dari sekolah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather