← Back to list
Sabah isytihar Tuaran sebagai kawasan wabak selesema burung
Aug 04, 2018
Sabah isytihar Tuaran sebagai kawasan wabak selesema burung
Kerajaan negeri Sabah mengisytiharkan daerah Tuaran sebagai kawasan wabak selesema burung.
Ini selepas pemantauan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati sebuah ladang di daerah itu merekodkan keputusan positif virus berkenaan.
Justeru bagi membendung wabak utu, pihak JPV akan melupuskan semua unggas di kawasan sekitar satu kilometer radius dari lokasi penyakit dikesan.
Terengganu merekodkan lebih 600 kes HFMD
Terengganu merekodkan 605 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak ia mula dikesan pada 24 Jun sehingga Selasa lalu.
Exco Kesihatan negeri berkata, ia meningkat 210 peratus berbanding 195 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Daripada jumlah tersebut, daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi iaitu 151 kes diikuti Marang, Dungun, Setiu, Kuala Nerus, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.
Perak bakal memperkenalkan Kad Kesihatan dan Makanan
Perak kini di peringkat akhir untuk memperkenalkan Kad Kesihatan dan Makanan bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan.
Menteri Besarnya berkata, menerusi langkah itu sejumlah wang akan dikredit ke dalam kad tersebut yang akan menggunakan sistem seperti kad debit.
Tambah Ahmad Faizal Azumu, penerima boleh mendapatkan rawatan asas di klinik swasta serta membeli barangan keperluan asas seperti gula, beras dan lain-lain.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather