← Back to list
Berhenti cari salah kerajaan terdahulu!
Oct 31, 2018
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gesa kerajaan berhenti mencari kesalahan dirinya dan pentadbiran terdahulu, sebaliknya fokus dalam pembangunan ekonomi negara.
Katanya, pertumbuhan ekonomi negara didapati semakin menguncup selain kejatuhan nilai ringgit serta kedatangan pelancong yang semakin berkurangan.
Foto: The Star
Najib berkata demikian menerusi video yang disiarkan secara langsung di Facebooknya, malam tadi.
Perak lancar portal cari jodoh.
Jabatan Agama Islam Perak lancar modul poligami dan laman web cari jodoh Cinta Sakinah bagi individu yang ingin mencari calon suami atau isteri.
Foto: Kosmo
Pengenalan modul itu bertujuan memberi kefahaman jelas mengenai poligami sekali gus dapat mengurangkan permasalahan kekeluargaan dalam institusi poligami.
Cawangan parti politik akan dibuka apabila AUKU dipinda.
Cawangan parti politik boleh ditubuhkan di Universiti Awam apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, AUKU dipinda.
Kementerian Pendidikan berkata pindaan itu juga selari dengan cadangan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather